Klinik Berdaftar KKM · Sky Awani 2, Sentul, KL
Kami imbas dulu,
baru kami rawat.
Klinik keluarga yang menggabungkan konsultasi doktor berpengalaman dengan pemeriksaan ultrasound tepat — untuk sakit sendi, kesihatan mental, berat badan, telinga dan alahan.
- 3 doktor bertauliah
- Berdaftar dengan KKM
- Sentul, Kuala Lumpur
5 Fokus Rawatan Kami
Satu klinik, lima cara kami bantu anda
Sakit Sendi & Ultrasound
Lutut, bahu, buku lali, pergelangan tangan & gout — diimbas dengan ultrasound sebelum dirawat.
02Kesihatan Mental
Ruang selamat untuk bincang kemurungan dan kegelisahan bersama doktor yang faham.
03Pengurusan Berat Badan
Program penurunan berat badan yang dipantau doktor, bukan sekadar suntikan.
04Cuci Telinga
Pemeriksaan kamera + cucian profesional untuk telinga tersumbat.
05Ujian Alahan 107 Panel
Kenal pasti punca alahan dan sensitiviti makanan anda.
Rawatan Utama · OA Tahap 1–4
Sakit Sendi & Ultrasound
Sakit lutut sampai tak boleh naik tangga? Bahu kejang bila angkat tangan? Kami mulakan dengan pemeriksaan ultrasound untuk lihat punca sebenar sendi anda — lutut, bahu, buku lali, pergelangan tangan, atau gout — sebelum doktor cadangkan rawatan yang sesuai.
Sebelum Rawatan
Pilihan Rawatan — Sekali Suntikan Satu Sendi
Standard
Suntikan Ubat
RM250–500
Disyorkan
Gel HA Kepekatan Tinggi
RM990–1,250
Premium
Hydrogel / Stemcell
RM2,800+
Hydrogel RM2,800 · Umbilical Stemcell RM8,000
Harga tidak termasuk konsultasi, prosedur, ubatan dan supplemen. Hasil mungkin berbeza bagi setiap individu — konsultasi doktor diperlukan sebelum sebarang rawatan.
Kenapa Ultrasound Dahulu?
Sakit bahu tak semestinya sama puncanya — kadang ia keradangan tendon, kadang koyakan kecil. Ultrasound bantu doktor nampak perbezaan ini dengan jelas sebelum mencadangkan rawatan, bukan meneka.
Rawatan Gout
Sakit sendi tiba-tiba, bengkak dan panas? Punca utama gout ialah asid urik tinggi. Kami sediakan konsultasi, ultrasound sendi dan rawatan berperingkat untuk kawal gout dan kurangkan serangan berulang.
Semak Harga Rawatan Gout
"Kemurungan dan kegelisahan adalah keadaan perubatan yang sah."
Kesihatan Mental
Anda Tak Keseorangan
Kemurungan dan kegelisahan adalah keadaan perubatan yang sah — bukan sesuatu yang perlu anda "tahan sahaja". Dr Rozita mempunyai latar belakang khusus dalam psikiatri dan pernah berkhidmat di Jabatan Psikiatri Hospital Selayang, termasuk minat khusus dalam addiction psychiatry. Kami sediakan ruang konsultasi yang tenang, sulit dan tanpa prasangka.
- Penilaian kemurungan & kegelisahan oleh doktor berpengalaman
- Rawatan dan rujukan yang sesuai dengan keadaan anda
- Sulit sepenuhnya — konsultasi peribadi dengan doktor
Pengurusan Berat Badan · Dipantau Doktor
Program Pengurusan Berat Badan Perubatan
Sudah cuba diet dan senaman tapi berat badan tak turun? Mungkin ada sebab biological di sebalik itu. Program kami bermula dengan konsultasi doktor dan ujian darah untuk fahami keadaan badan anda sebelum sebarang rawatan dicadangkan.
Sesuai Untuk
- BMI ≥ 27 dengan masalah kesihatan berkaitan
- BMI ≥ 30
- Perlu dinilai oleh doktor sebelum memulakan rawatan
Penting Untuk Anda Tahu
- Bukan untuk wanita hamil atau menyusu
- Bukan pengganti ubatan diabetes
- Kesan berbeza bagi setiap individu — gaya hidup sihat tetap penting
Rawatan tambahan (jika sesuai untuk keadaan anda) akan diterangkan sepenuhnya oleh doktor semasa konsultasi, termasuk pilihan dan kos. Kami tidak mempromosikan sebarang ubat sebagai produk — hanya konsultasi perubatan yang dipantau doktor.
- Telinga terasa tersumbat?
- Pendengaran kurang jelas?
- Rasa penuh atau berdengung?
Rawatan Cuci Telinga
Telinga Tersumbat? Kami Bantu.
Telinga rasa tersumbat, pendengaran kurang jelas, atau rasa berdengung? Kami periksa dengan kamera otoscope supaya anda nampak sendiri keadaan telinga anda sebelum cucian dilakukan.
Ujian Alahan & Sensitiviti
Kenal Pasti Punca Alahan Anda
Anak garu kulit setiap malam? Ruam berulang yang tak kunjung reda? Ujian alahan membantu kenal pasti pencetus supaya anda boleh elakkannya — sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.
Tempah Ujian Alahan
107 Allergy Panel
RM499Reaksi segera, boleh berlangsung beberapa jam hingga 8 jam.
60 Sensitivity Panel
RM499Reaksi lambat, sehingga 72 jam — simptom boleh berterusan berminggu-minggu.
Kombo Allergy + Sensitivity
RM699Tambahan: Vitamin D — RM120
Turut Tersedia
Klinik Am Sepenuhnya
Sebagai klinik keluarga, kami juga sediakan perkhidmatan am yang lengkap:
Vaksinasi Dewasa & Kanak-kanak · Saringan Kesihatan · Kesihatan Wanita & Lelaki · Pembedahan Kecil · Perancangan Keluarga · Rawatan Kecemasan · Ujian Makmal Pantas
Pasukan Kami
Doktor Yang Menjaga Anda
Dr Rozita Binti Mat Zin
MBBS (IIUM) · Director-in-Charge
Berpengalaman luas dalam perubatan am dan psikiatri, pernah berkhidmat di Jabatan Psikiatri Hospital Selayang dan dilantik sebagai panel luar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk garis panduan Major Depressive Disorder.
Dr Ahmad Mustaqim Bin Sulaiman
MD (Russia), OHD (Malaysia), PG. Dip Pediatrics (Ireland) · Resident Doctor
Minat khusus dalam kesihatan kanak-kanak dan rawatan sakit sendi berpandukan ultrasound, dengan pengalaman meluas di hospital dan klinik swasta.
Dr Mohammad Miqdam Mustaqim Bin Mohd Noor
MD (Universitas Udayana, Bali) · Resident Doctor
Berpengalaman dalam pengurusan trauma, prosedur pembedahan kecil, diagnostik ultrasound dan perubatan sukan.
Lawatan Klinik
Ruang Yang Tenang Untuk Pesakit
Apa Kata Pesakit Kami
Ulasan Sebenar, Pesakit Sebenar
"Alhamdulillah sakit blkg tumit sy hilang dan mampu berjalan semula sebulan slps rawatan. Berbulan-bulan sy sakit, pergi klinik lain mostly ckp plantar fasciitis tanpa check terlebih dahulu. Tp di Unicare doc mendengar cerita sy dan membuat ultrasound. It is not plantar fasciitis. Sy sgt puas hati."
"Very clean and comfortable clinic. Doctor was evidently knowledgeable and able to diagnose my condition immediately and ruled out other possible causes. Reception displayed the same level of professionalism as well."
"Huge thanks to the team at Unicare Clinic! They've been wonderful in helping me manage my gout. The doctors are so kind and knowledgeable, and I love that they take the time to follow up on their patients' progress."
"Tempat selesa, ada kids toys section so anak takde la bosan n meragam while tunggu doktor panggil. Harga pun sangat berpatutan. Dari anak first sampai anak no.3 memang setia check kat sini."
Hasil mungkin berbeza bagi setiap individu. Ulasan dipetik daripada Google Reviews awam Unicare Clinic.
Kenapa Pesakit Pilih Kami
Kenapa Keluarga Pilih Unicare
- Dilakukan oleh doktor berpengalaman
- Klinik berdaftar dengan KKM
- Konsultasi telus, harga jelas, tiada kos tersembunyi
- Lokasi mudah di Sky Awani 2, Sentul — parking tersedia
Panel Yang Kami Terima
Hubungi Kami
Tempah Temujanji Anda
Alamat
Unicare Clinic, G02 & G03 (Ground Floor)
Residensi Sky Awani 2, Jalan 2/12
Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur, WP
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat: 8 pagi – 10 malam
Sabtu – Ahad: 8 pagi – 5 petang